BANK tempatan menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing semalam sejajar langkah Bank Negara Malaysia meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis lalu (4 Mac 2010). Mendahului senarai, Malayan Banking Bhd (Maybank) menyemak semula BLR daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini (9 Mac 2010)
Bank terbesar tempatan itu berkata, kadar pembiayaan Asas (BFR) Maybank Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus. Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar,berkata semakan semula kadar faedah itu adalah berasaskan pelarasan dalam OPR.
Sementara itu, CIMB Group mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai hari ini (9Mac2010). “Ia dibuat susulan pengumuman kenaikan OPR oleh Bank Negara sebanyak 25 mata asas, Khamis lalu,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMBGroup, Datuk Seri Nazir Razak.
Dalam pada itu, RHB Banking Group menyemak semula BLR bagi RHB Bank dan BFR bagi RHB Islamic Bank daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini 9 Mac 2010). Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank Bhd turut mengumumkan peningkatan BLR dan BFR kepada 5.80 peratus daripada 5.50 peratus berkuat kuasa esok (10 Mac 2010).
Asian Finance Bank (AFB) pula menyemak BFRnya daripada 5.50 peratus kepada 5.75 peratus, mulai hari ini (9 Mac 2010)
Sejarah Turun Naik BLR (Base Lending Rate), untuk perhatian semua.
Tahun/BLR
2010 – 5.80%
2009 – 6.50% ——> 5.55%
2008 – 6.75% ——> 6.50%
2007 – 6.75%
2006 – 6.00%
2005 - 6.00%
2004 – 6.00%
2003 – 6.50%
2002 – 6.50%
2001 – 6.75%
2000 – 6.75%
1999 – 8.00%
1998 – 10.50% ——> 12.27% (Paling Tinggi !)
1997 – 9.25%
1996 – 8.50%
1995 – 6.60%
1994 – 8.25%
1993 – 9.50%
1992 – 9.00%
1991 – 7.50%
1990 – 7.00%
1989 – 7.00%
